Tuesday, September 18, 2012

Kellie's Castle

Aku telah berkunjung ke Kellie’s Castle kali kedua....Pertama pergi kerana belum pernah berkunjung ke sana.Yang kedua pergi lak coz kebetulan lalu kat situ...Sesiapa yang berkunjung ke Batu Gajah atau melaluinya boleh ler singgah sebentar di Kellie’s Castle.Untuk masuk di sini,pelawat dikenakan yuran sebanyak RM3 seorang.

Bagi yang belum mengetahui sejarah Kellie’s Castle....sila baca yer:-



Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah,Perak telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.Bangunan ini mempunyai tiga tingkat yang dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul,Agra,India.

Pada tahun 1903,Beliau berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes dan mendapat sepasang cahaya mata iaitu Helen dan Anthony.Dengan memiliki keluarga yang besar,Smith mula merancang istana besar yang dirancang untuk digelar sebagai Rumah Kellas iaitu sempena rumahnya di Scotland.

Kellie’s Castle ini mempunyai 14 buah bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.Bangunan ini juga dilengkapkan dengan lif dan merupakan lif yang pertama di bina di Tanah Melayu jika bangunan ini siap dibina.Terdapat juga sebuah padang tenis berlantaikan simen di tingkat dua.

Namun,semuanya hanya sebuah perancangan.Bangunan ini tidak sempat untuk disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 di Pelabuhan Lisbon,Portugal.Bangunan ini kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’.

Monday, September 17, 2012

Min House Camp

Min House Camp terletak di Kubang Kerian merupakan salah satu cawangan Min Homestay.Min House Camp ini sesuai untuk program-program seperti kursus,family day,seminar,dan majlis perkahwinan. Tempatnya sesuai kepada sesiapa yang inginkan suasana tenang di kampung.Tempat ini juga mempunyai mini zoo dengan pelbagai haiwan di dalam nya seperti ayam, ular, lebah, angsa, burung hantu dan sebagainya.



Terdapat 5 buah rumah di dalam satu laman yang boleh memuatkan 5-10 orang untuk setiap unit.
Min House Camp memiliki:

*Taman Kelip-kelip
*Rumah Penginapan
*Taman Trigona
*Perkampungan Pengantin
*Dewan
*Produk Lebah
*Taman Edible

Kemudahan yang disediakan di Min House Camp
* Peti sejuk
*Dapur gas
*Meja makan
*Mesin Basuh
*Cerek Elektrik
*Pinggan Mangkuk
*Gelas & cawan
*Peralatan BBQ

Pada yang berminat untuk menempahnya boleh ler layari Min House Camp



Friday, August 31, 2012

RuMaH TerBaLiK....

Rumah Terbalik?kenapa?tak percaya?....



Rumah Terbalik ini merupakan yang pertama di Malaysia.Apa?ingat kat luar negara aje ke ada?...Malaysia pun ada jugak!Rumah ini terletak di Kampung Telibong,Tamparuli,Sabah.Rumah ini terbalik daropada bumbung ke lantai rumah.Dan jangan terkejut jugak...kereta kancil yang park dekat garaj pun terbalik.



Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Untuk masuk kerumah ini,pengunjung akan dibenarkan masuk secara berkumpulan (lebih kurang 10 orang) berserta seorang guide.Tapi ingat,anda dilarang sama sekali mengambil gambar didalam rumah terbalik ini...

Harga Tiket:RM18 (dewasa)
RM5 (kanak-kanak)

Thursday, August 30, 2012

KunDaSanG....

Apa yang menarik di Kundasang?...Bagi aku,Kundasang adalah tempat wajib dilawati bila berkunjung ke Sabah.Ye ler,kalau sebut Sabah,mesti terbayangkan Gunung Kinabalu kan?So,untuk merealitikan bayangan kalian itu,jom kita ke Kundasang.

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu dan 70KM daripada Kota Kinabalu.Apa yang best kat Kundasang nih ye?...meh kita terjah!

Desa Dairy Farm merupakan tempat ternakan lembu tenusu terbesar di Sabah.Pemandangan yang cantik seperti anda berada di New Zealand...;)


Di sini,anda boleh melihat cara memproses susu segar selepas diperah daripada lembu sehinggalah proses pembungkusan.Nak rasa?Boleh...anda sememangnya berpeluang membeli susu segar dengan harga yang berpatutan.

Waktu lawatan ialah:8.00AM-12.00PM
1.00PM - 5.00PM
3.00PM untuk waktu pemerahan susu
Bayaran Masuk:RM3.00 untuk Dewasa
RM2.00 untuk Kanak-kanak

Memorial War Park a.k.a Tugu Peringatan Perang Kundasang terletak di bahagian belakang deretan kedai Pekan Kundasang.Ianya dibina pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar British dan Australia yang ditawan tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua.Di dalam taman ini terdapat empat taman berasingan yang dibuat bersempenakan negara-negara yang terlibat dengan korban tersebut iaitu Inggeris,Australia,Tema Tropika-Borneo dan Taman Tinjau.Bayaran masuk ialah RM2 untuk seorang.



Taman Negara Kinabalu merupakan taman yang telah diwartakan pada 2002 dan ianya dihiasi dengan Gunung Kinabalu yang tersergam gah dengan ketinggian 4,095 meter.Gunung Kinabalu merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.Di sini anda dapat merasai kesejukan kabus yang tebal di kaki Gunung Kinabalu.
Bayaran masuk ke Taman Negara Kinabalu ialah RM3 untuk dewasa.Tiket yang dibeli ini pula jangan dibuang kerana ianya boleh digunakan semula untuk tempat perlancongan tertentu seperti di Poring.

Uish...jangan fikir pergi ke Taman Negara Kinabalu ini untuk para pendaki sahaja.Pergi untuk sekadar menikmati pemandangan Puncak Gunung Kinabalu pun boleh dengan memandu naik sehingga ke laluan Timpohon...huhuhu...bestkan..Hayati lah keindahan alam semulajadi kita...;)



Sunday, April 22, 2012

Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan terletak sekitar 10KM dari Pantai Sabah.Labuan merupakan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai destinasi penyelaman skuba
Walaupun pulaunya yang kecil namun ianya mempunyai banyak tempat-tempat menarik.Antaranya

~~Terowong Tanjung Kubong
~~Taman Burung
~~Taman Damai
~~Kampung Air
~~Chimney
~~Dataran Labuan
~~Muzium Marin
~~Kompleks Sukan Laut
~~Tugu Penyerahan Jepun
~~Pulau Layang Layang

Jom ke Labuan!Cuti-Cuti Malaysia

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu Negara Malaysia dan merupakan salah satu Wilayah Persekutuan yang ada di Malaysia. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang pesat membangun.

Antara tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur:-
Dataran Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Tugu Negara, Masjid Jamek, Masjid Negara ,Masjid Wilayah Persekutuan, Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains Negara, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara,Menara Berkembar Petronas(KLCC),Planetarium Negara,KL Bird Park,Taman Rama-rama,

Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya atau lebih dikenali dengan putrajaya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Mula dibina pada 16 April 1995 dengan seluar 4,931 hektar mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,perumahan,kemudahan komersial,kemudahan social dan kemudahan keagamaan.Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Putrajaya antaranya:

~~Perdana Putra
~~Masjid Putra
~~Jambatan Putra
~~Masjid Besi
~~Dataran Putrajaya
~~Tugu Millennium
~~Istana Kehakiman
~~Seri Perdana
~~Jambatan Seri Perdana
~~Putrajaya Landmark
~~Taman Wetland Putrajaya
~~Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
~~Taman Selatan
~~Yayasan Kepimpinan Perdana
~~Istana Melawati
~~Dataran Warisan
~~Kementerian Kewangan
~~Wisma Putra
~~Istana Darul Ehsan
~~Tasik Putrajaya
~~Taman Wawasan
~~Taman Botani