Tuesday, September 18, 2012

Kellie's Castle

Aku telah berkunjung ke Kellie’s Castle kali kedua....Pertama pergi kerana belum pernah berkunjung ke sana.Yang kedua pergi lak coz kebetulan lalu kat situ...Sesiapa yang berkunjung ke Batu Gajah atau melaluinya boleh ler singgah sebentar di Kellie’s Castle.Untuk masuk di sini,pelawat dikenakan yuran sebanyak RM3 seorang.

Bagi yang belum mengetahui sejarah Kellie’s Castle....sila baca yer:-



Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah,Perak telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.Bangunan ini mempunyai tiga tingkat yang dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul,Agra,India.

Pada tahun 1903,Beliau berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes dan mendapat sepasang cahaya mata iaitu Helen dan Anthony.Dengan memiliki keluarga yang besar,Smith mula merancang istana besar yang dirancang untuk digelar sebagai Rumah Kellas iaitu sempena rumahnya di Scotland.

Kellie’s Castle ini mempunyai 14 buah bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.Bangunan ini juga dilengkapkan dengan lif dan merupakan lif yang pertama di bina di Tanah Melayu jika bangunan ini siap dibina.Terdapat juga sebuah padang tenis berlantaikan simen di tingkat dua.

Namun,semuanya hanya sebuah perancangan.Bangunan ini tidak sempat untuk disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 di Pelabuhan Lisbon,Portugal.Bangunan ini kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’.

No comments:

Post a Comment