Saturday, April 14, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang

Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.Negeri Sarawak terletak di Pulau Borneo dan bersebelahan dengan Sabah.Terdapat 11 bahagian iaitu Kuching,Sri Aman,Sibu,Miri,Limbang,Sarikei,Kapit,Kota Samarahan,Bintulu,Mukah dan Betong.

Sarawak merupakan sebuah negeri yang unik kerana di Sarawak mengandungi bunga yang terbesar di dunia,sungai terpanjang di Malaysia,rama-rama terbesar di dunia,gua yang terluas di dunia,hutan hujan tropika yang tertua,dan orang yang pertama muncul di Asia Tenggara boleh didapati di Sarawak.

Antara tempat perlancongan di Sarawak ialah:

•Kampung Budaya Sarawak
•Gua Angin
•Gua Pari
•Taman Rachan
•Sungai Cina
•Taman Kubah
•Taman Hidupan Liar Matang
•Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh
•Muzium Sarawak
•Muzium Kucing
•Kuching Waterfront
•Pasar minggu Satok
•Jong Crocodile Farm
•Annah Rais Bidayuh Longhouse
•Serikin
•Bako National Park

No comments:

Post a Comment