Thursday, August 30, 2012

KunDaSanG....

Apa yang menarik di Kundasang?...Bagi aku,Kundasang adalah tempat wajib dilawati bila berkunjung ke Sabah.Ye ler,kalau sebut Sabah,mesti terbayangkan Gunung Kinabalu kan?So,untuk merealitikan bayangan kalian itu,jom kita ke Kundasang.

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu dan 70KM daripada Kota Kinabalu.Apa yang best kat Kundasang nih ye?...meh kita terjah!

Desa Dairy Farm merupakan tempat ternakan lembu tenusu terbesar di Sabah.Pemandangan yang cantik seperti anda berada di New Zealand...;)


Di sini,anda boleh melihat cara memproses susu segar selepas diperah daripada lembu sehinggalah proses pembungkusan.Nak rasa?Boleh...anda sememangnya berpeluang membeli susu segar dengan harga yang berpatutan.

Waktu lawatan ialah:8.00AM-12.00PM
1.00PM - 5.00PM
3.00PM untuk waktu pemerahan susu
Bayaran Masuk:RM3.00 untuk Dewasa
RM2.00 untuk Kanak-kanak

Memorial War Park a.k.a Tugu Peringatan Perang Kundasang terletak di bahagian belakang deretan kedai Pekan Kundasang.Ianya dibina pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar British dan Australia yang ditawan tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua.Di dalam taman ini terdapat empat taman berasingan yang dibuat bersempenakan negara-negara yang terlibat dengan korban tersebut iaitu Inggeris,Australia,Tema Tropika-Borneo dan Taman Tinjau.Bayaran masuk ialah RM2 untuk seorang.



Taman Negara Kinabalu merupakan taman yang telah diwartakan pada 2002 dan ianya dihiasi dengan Gunung Kinabalu yang tersergam gah dengan ketinggian 4,095 meter.Gunung Kinabalu merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.Di sini anda dapat merasai kesejukan kabus yang tebal di kaki Gunung Kinabalu.
Bayaran masuk ke Taman Negara Kinabalu ialah RM3 untuk dewasa.Tiket yang dibeli ini pula jangan dibuang kerana ianya boleh digunakan semula untuk tempat perlancongan tertentu seperti di Poring.

Uish...jangan fikir pergi ke Taman Negara Kinabalu ini untuk para pendaki sahaja.Pergi untuk sekadar menikmati pemandangan Puncak Gunung Kinabalu pun boleh dengan memandu naik sehingga ke laluan Timpohon...huhuhu...bestkan..Hayati lah keindahan alam semulajadi kita...;)



2 comments: